Jom Chat yang boleh ditonton secara live di Facebook Utusan Online pada pukul 9 malam ini dihoskan oleh Apak.

Mengenali Danial yang pernah berkhidmat sebagai juruvideo Utusan Online sebelum melangkah keluar untuk menyertai pertandingan Lawak Solo musim pertama, hari ini, Danial melebarkan sayapnya bukan sahaja sebagai deejay radio tetapi juga mencuba nasib untuk bergelar penyanyi.

Nasib menyebelahi anak kelahiran Pulau Mutiara ini apabila Harry Khalifah menyerahkan lagu berjudul Siti Bilang Cuti sebagai single pertama Danial.

"Menerusi single pertama, Siti Bilang Cuti, saya merealisasikan hasrat dan impian yang saya pendam selama ini untuk mencuba bakat sebagai seorang penyanyi," kata Danial.

Strategi Daniel untuk namanya kekal relevan mendapat pujian banyak pihak dan semestinya langkah anak muda ini untuk menerobos industri seni suara, disokong oleh semua pihak.

Tidak kira sama ada berdiri di belakang kamera, di hadapan kamera atau pun di dalam konti stesyen radio, Danial akan berkongsi perancangan tahun 2019 malam ini. - UTUSAN ONLINE