Menyenaraikan 10 buah lagu untuk menghiburkan para pelayar Utusan Online dan Facebook Utusan Online yang mengikuti segmen Busking Bersama Buskers pada pukul 5 petang ini, D’Nain menjanjikan sebuah persembahan yang pastinya tidak akan mengecewakan.

Walaupun bukan artis arus perdana, kehebatan D’Nain dalam membuat persembahan bukan sahaja lagu-lagu dalam bahasa Melayu tetapi juga penyanyi D’Nain mampu melantunkan lagu Inggeris dan Sepanyol dengan baik.

Kali pertama menyaksikan persembahan D’Nain sewaktu mereka mengiringi artis duo berkumpulan, MeeyoJoe pada akhir tahun lepas sempena pelancaran single pertama MeeyoJoe berjudul Delusia di bawah label Golden Callista Music. - UTUSAN ONLINE