Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cuba saingi Syamsul

KUALA LUMPUR 9 Jun 2017 - Sesi fotografi Mawi pada majlis berbuka
Mawi pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan pelancaran album Mesra Raya Oja dan Tunable Band di Taman Sri Batu Caves

TENTU sekali, sekarang ini bukan lagi zaman kegemilangan Mawi. Kalau nak dibandingkan dengan populariti yang dikecapi oleh penyanyi kelahiran Kulai, Johor ini di sekitar 2005, suka atau tidak, ramai yang akan bersetuju, Mawi sudah tidak begitu menyerlah dalam posisinya sebagai penyanyi solo lelaki tanah air.

Cuba menambat hati peminat menerusi strategi berduet dengan penyanyi lain, ia dilihat menjadi namun nama Mawi tetap tidak segah dahulu.

Kemudian, dia mencuba nasib dalam bidang penerbitan filem termasuk mengarah selepas lama bersahabat dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, ada pihak yang menganggap Mawi mendekati dan bersahabat dengan Syamsul selama ini kerana agendanya tersendiri dalam membina semula kerjaya seni dari sudut pengarahan.

Iyalah, bila sudah tidak lagi menyinar dalam dunia nyanyian, hendak tunggu apa lagi? Cubalah bidang lain pula bukan? Tetapi, betulkah Mawi cuba makan 'kawan’ sendiri dalam hal ini dan kerana itulah dia dilihat selalu berdampingan dengan Syamsul?

Berikut ialah pandangan dan penjelasan selebriti berusia 35 tahun ini.

Tak baik cakap macam tu. Antara saya dengan Syamsul, kami tiada masalah.

 

Dapat dilihat sekarang ni, Mawi lebih banyak ke bidang drama dan filem. Orang kata sebab dah tak 'masuk’ sangat menyanyi, apa komen Mawi?

Menyanyi tetap menyanyi. Cuma saya banyak terlibat dalam bidang pengarahan dan perfileman sekarang kerana minat. Tak dinafikan, saya rasa seronok sebab menerusi medium ini, apa yang saya nampak, rasa, bayang dan apa yang diinginkan semuanya dapat divisualkan. Ia juga merupakan sebuah karya, sama macam kita hasilkan lagu. Sebelum ini pun saya ada menulis skrip, tetapi hasil sesebuah filem, drama atau telefilem itu tidak akan sama macam apa yang kita bayangkan kalau air tangannya terletak pada pengarah lain. Bayangkan kalau saya sendiri yang buat,cuma saya sahajalah yang tahu macam mana nak disampaikan kepada penonton mengikut apa yang dikehendaki. Ini kerana setiap manusia itu mempunyai imaginasi yang berbeza-beza. Kalau buat drama atau filem sendiri ni, ia tak cuma mengenai soal kepuasan sendiri, tetapi mengenai apa yang kita boleh berikan kepada masyarakat menerusi mesej yang ada. Makna kata, bukan kosong sahaja, sebaliknya ada intipati berguna kepada penonton walaupun ia sebuah naskah komedi. Kalau boleh, lari daripada lawak yang slapstik.

Bila dah sibuk berada di belakang tabir dan nak jadi pengarah pula, ada yang kaitkan Mawi cuba nak jadi seperti Syamsul, macam mana tu?

Saya berkawan dengan dia dah lama. Tak ada istilah nak jadi macam dia. Beginilah, saya hormat kerana dia ada ilmu dalam bidang perfileman, malah sangat banyak ilmunya berbanding saya yang masih baru ini. Dia memang lebih muda, tetapi kerana dia punya ilmu yang lebih, buat apa nak malu untuk dekat dan belajar daripada dia. Tak salah kalau saya kata begitu? Bukan bermaksud saya nak jadi dia pun.

Kalau orang kata Mawi berkawan dengan Syamsul sebab ada udang disebalik batu, apa Mawi nak kata?

Tak baik cakap macam tu. Antara saya dengan Syamsul, kami tiada masalah. Malah dia juga tahu niat saya untuk menceburi bidang pengarahan ni dah lama, Ia sebuah impian yang sudah lama tersimpan. Kebetulan, bila dia panggil saya untuk berlakon sama dalam filem Munafik 2, saya ambil tawaran itu walaupun cuma watak pembantu sahaja. Saya tunggu peluang itu sudah lama sebab saya dalam proses nak hasilkan filem sendiri. Jadi memang saya tengah buat kaji selidik sendiri mengenai dunia perfileman memandangan ia akan jadi filem pertama saya. Mengenali Syamsul, dia pula memang jenis yang tak lokek berkongsi ilmu. Kalau ditanya, dia akan beritahu begitu juga dengan ayah Syamsul, Datuk Yusof Haslam. Bagi saya, memang dia selayaknya mendapat gelaran pengarah terbaik kerana ia memang mencerminkan komitmen dirinya sebenar. Bukan sahaja duduk di monitor, hasilkan skrip, dia juga buat hampir kesemua proses pembikinan filem.

Nampak macam Mawi cuba bersaing dengan Syamsul dalam bidang pengarahan, betul ke?

Tak patut timbul soal bersaing sebab macam yang saya katakan, minat mengarah ni dah lama, Saya cuba teruskan minat tu dan tak ada hasrat pun nak berlawan atau bersaing dengan sesiapa apalagi dengan Syamsul, teman baik saya sendiri. Kalau kita sedar ilmu kita tak banyak, kita belajarlah dan carilah guru. Kebetulan, Tuhan mudahkan jalan dan mempertemukan saya dengan Syamsul. Sampai sekarang saya rasa kagum dan tabik pada Skop Production kerana filem yang mereka telah hasilkan hampir 40 buah dan kesemuanya boleh dikatakan menguntungkan. Saya juga kagum dengan Syamsul sebab dia boleh menyanyi dan buat lagu dalam masa yang sama. Tak cuma mengarah. Bagi saya dia ni dah macam Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dah.

Jadi Mawi memang seriuslah duduk di belakang tabir ni?

Saya tak pernah main-main, Nak buat macam mana, minat sekarang cenderung ke arah itu. Tapi tak bermakna saya tak mahu menyanyi, Ada juga projek-projek menyanyi termasuk perancangan nak hasilkan album solo. Tetapi saya tengok banyak yang ajak saya duet untuk lagu mereka sampai tertangguh hasrat nak buat album solo tu. Sekarang pun saya banyak bercampur dengan pelakon, pengarah dan penulis skrip ia sekali gus membuka cabang baru dalam kerjaya seni. Terus-terang, saya puas dan seronok meneroka dunia perfileman ni. Daripada tengok orang lain buat, lebih baik saya buat sendiri

Boleh cerita sikit filem apa yang Mawi nak buat tu?

Ia adalah sebuah filem komedi Islamik dan tak boleh nak cerita lebih sebab saya masih mahu merahsiakannya, Cuma saya pilih genre itu kerana ia lebih dekat dengan jiwa saya. Dah pernah cuba dengan genre lebih serius, lebih berat dan tangkap leleh misalnya sebelum ini, tetapi macam tak kena pula dengan diri.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan