Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cinta Nadira, semangat Amy Search

Kuala Lumpur 9 Ogos 2016 FOTOGRAFI bersama Amy Search dan Nadira
Kuala Lumpur 9 Ogos 2016 FOTOGRAFI bersama Amy Search dan Nadira Adnan di Hotel Park Royal, disini, hari ini. Gambar: NOORADZRENE MOHAMMED NOOR / Pemberita: Syed Musaddad MINGGUAN MALAYSIA

MENGUNGKAP erti cinta bagi lelaki yang sudah berpengalaman sepertinya, Amy melihat cinta dari konteks yang lebih luas. Cinta tidak terikat kepada ikatan antara lelaki dan wanita semata-mata tetapi termasuk juga dengan rasa cinta pada negara.

Tambahan pula dalam bulan Kemerdekaan yang sinonim dengan Ogos, pastinya cinta kepada keamanan dan kestabilan negara perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Saya tak tahu mengapa tahun ini sudah tidak banyak kempen kemerdekaan yang dilakukan walaupun 31 Ogos sudah semakin hampir. Kalau dahulu kita sudah ada banyak kempen-kempen bagi meraikan hari tersebut tapi nampaknya sekarang sudah semakin berkurangan.

“Rasanya cinta orang (masyarakat) kepada Hari Kemerdekaan semakin kurang sejak akhir-akhir ini. Tak sepatutnya kita mengambil sikap sambil lewa dan buat tak tahu sahaja. Ini hari yang patut diraikan,” bicara Amy.

Melalui pengamatannya, kempen bulan Kemerdekaan semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini. Jika dahulu seluruh premis sudah mula mengibarkan bendera sejak awal bulan tetapi sekarang masih belum menampakkan tanda.

Kibaran bendera pada kenderaan juga semakin jarang dapat dilihat dan itu sedikit sebanyak memberikan isyarat yang masyarakat tidak teruja menantikan Hari Merdeka.

Tambah penyanyi ini lagi, yang berlaku hari ini begitu jauh berbeza dengan yang dilaluinya ketika di zaman kanak-kanak. Dahulu, semua orang tidak sabar meraikan Hari Kemerdekaan memandangkan akan ada perarakan.

Dia sendiri tidak akan melepaskan peluang untuk turut sama menyertai perarakan dan pastinya bersemangat untuk mengibarkan bendera Malaysia yang perlu dihormati oleh setiap rakyat.

“Lihat rakyat di negara lain, mereka sangat menghargai Hari Kemerdekaan dan teruja menyambutnya. Tapi kita di sini langsung tidak mengendahkan perkara itu dan menyambutnya sambil lewa sahaja.

“Negara dan politik adalah hal yang berbeza dan jangan sesekali dicampur- adukkan. Sebagai rakyat Malaysia, ini hari untuk kita meraikan ulang tahun kemerdekaan dan ayuhlah sama-sama menyambutnya.

"Tunjukkan rasa cinta!” kata Amy penuh semangat.

Bercerita mengenai pembabitan dalam Konsert Cinta pula, Amy sudah menyenaraikan seleksi lagu-lagu terbaik untuk dinyanyikan pada hari tersebut. Masih merahsiakan judul lagu, dia mahu memberikan kejutan kepada peminat yang hadir di Istana Budaya nanti.

“Saya percaya Konsert Cinta akan kekal menjadi antara sejarah manis yang pernah dilalui. Tidak mudah untuk mengumpulkan penyanyi-penyanyi besar tanah air pada satu pentas dan mereka berjaya melakukannya.

“Pastinya setiap penyanyi sudah merancang persembahan terbaik bagi memberikan kepuasan berganda buat mereka yang membeli tiket,” tambahnya.

Keyakinan Nadira

WALAUPUN sibuk dengan pengajian dalam bidang perubatan di Indonesia, Nadira tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai alasan untuknya melupakan bidang muzik.

Baginya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dan isu untuk membahagikan masa bukan hal besar kerana rasa cintanya kepada muzik yang tiada tara.

“Memang benar cinta dan kasih saya sekarang banyak tertumpah kepada bidang muzik. Tiada yang dapat menghalang perkara tersebut dan saya tak kisah untuk membahagikan masa antara pelajaran dan nyanyian.

“Saya percaya seandainya kita melakukan hal berbeza pada satu masa yang sama, suburkan rasa cinta. Tiada yang mustahil untuk dilakukan,” kata mahasiswa ini.

Mengakui teruja dengan Konsert Cinta yang akan diadakan tidak lama lagi, Nadira gembira dapat bersama-sama dengan penyanyi popular dan berpengalaman.

Tambahnya, dia sendiri tidak menyangka akan dapat melakukan perkara tersebut secepat ini memandangkan album sulungnya baru sahaja dipasarkan beberapa bulan lalu.

“Saya percaya ini adalah antara perkara yang cita-citakan oleh penyanyi untuk terlibat dalam konsert begini. Saya beruntung kerana berpeluang melakukannya dan mendapat kerjasama baik daripada penyanyi yang ada.

“Ada banyak kejutan yang akan diberikan kepada penonton yang hadir. Ini janji kita untuk memberikan kepuasan maksimum kepada mereka yang memberikan sokongan,” tambah Nadira.

Bakal tampil dengan 14 buah lagu yang dipecahkan kepada beberapa segmen, Nadira tidak hanya menyanyikan lagu yang terkandung dalam album Isi Hati sebaliknya turut mempersembahkan beberapa lagu lain.

Pastinya cabaran untuk menyanyikan lagu sebanyak itu pada setiap persembahan semakin kuat dirasai dan dia harus bersedia dari segi mental dan fizikal agar tidak terlihat ‘tempang’ seandainya melakukan kesilapan di pentas.

“Sekarang saya sedang melipat gandakan usaha untuk memantapkan stamina. Jika penyanyi lain sudah berpengalaman dan tiada masalah, saya pula harus melaluinya buat kali pertama. Ini benar-benar memberikan cabaran,” akui Nadira.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan konsert ini, tiket-tiket dijual dengan harga RM100, RM175, RM250, RM300 dan RM500. Pembelian boleh dibuat melalui www.ticketpro.com.my atau di kaunter tiket Istana Budaya.

Rasanya cinta orang (masyarakat) kepada Hari Kemerdekaan semaki n kurang sejak akhir-akhir ini. Tak sepatutnya kita mengambil sikap sambil lewa dan buat tak tahu sahaja. Ini hari yang patut diraikan...

Oleh SYED MUSSADDAD 
SYED MAHDI

[email protected]

SALING mengagumi dan menghormati antara satu sama lain menjadi hal terpenting dalam sesebuah perhubungan. Begitu juga dengan legenda Amy Search dan pendatang baharu Nadira Adnan yang tidak pernah menjadikan perbezaan mereka suatu jurang pemisah.

Jika Amy sudah berpengalaman luas dalam bidang muzik dan hiburan tanah air, Nadira pula sedang mengatur langkah mencari rentak. Perjuangan mereka tetap sama walaupun masing-masing memperjuangkan konsep muzik yang berbeza.

Bakal disatukan atas pentas menerusi Konsert Cinta yang bakal diadakan pada 19 dan 20 Ogos ini di Istana Budaya, ada keistimewaan yang akan ditampilkan oleh Amy dan Nadira untuk peminat. Tidak ketinggalan Yuna, Noh Salleh, Joe Flizzow dan Al Ghazali yang akan sama-sama menghiburkan peminat.

Kepada Pancaindera, Amy dan Nadira berkongsi rasa dan menyemai cinta dalam konteks yang lebih luas.

AMY

Saya percaya seandainya kita melakukan hal berbeza PADA satu masa yang sama, suburkan rasa cinta. Tiada yang mustahil untuk dilakukan

nadira

Foto NOORADZRENE MOHD NOOR

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan