Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Cinta Infiniti milik

chemistry berharap single pertama mereka bertajuk Cinta Infiniti 3
Chemistry berharap single pertama mereka bertajuk Cinta Infiniti mendapat tempat di hati peminat muzik arus perdana tempatan.

KIMIA bermaksud komposisi dan sifat tindak balas yang berlaku antara sebatian serta hukum-hukum yang membentuk sebuah fenomena.

Diinspirasikan daripada salah satu nama cabang ilmu sains tersebut, band Chemistry yang dianggotai Farriz (keyboard), Iwan (vokal), Ayub (gitar) dan Ajeng (bass) mahu gabungan mereka selama empat tahun sebelum ini mampu memangkinkan kejayaan yang diharapkan.

Apa tidaknya, berkat kesabaran empat anak muda ini, single pertama yang diberi nama Cinta Infiniti berjaya dikeluarkan pada Oktober lalu.

Lebih menarik, lirik dan lagu berdurasi 4 minit 24 saat itu dihasilkan sendiri oleh Farriz yang turut memainkan peranan selaku ketua kumpulan.

Menurut Farriz, Cinta Infiniti mengisahkan seorang lelaki yang amat mencintai kekasihnya dengan sepenuh hati. Tetapi, cintanya dibalas dengan kecurangan oleh pasangannya itu.

“Meskipun, lelaki tersebut cuba menyelami isi hati kekasihnya dan mencari jawapan kenapa berlakunya kecurangan, namun dia tidak berjaya mengenal pasti puncanya.

“Bagaimanapun, lelaki tersebut tetap menguatkan semangat dan menerima takdirnya, selain percaya akan ada jodohnya selepas ini,” katanya yang memberitahu lagu tersebut bergenre Pop Rock.

Ketika ditanya mengapa Chemistry mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan single pertama, Farriz memberitahu, mereka selama ini lebih banyak menyanyikan lagu-lagu dari band lain sehinggalah syarikat rakaman Indigital Sdn. Bhd. berjaya meyakinkan band tersebut untuk melangkah lebih jauh.

Katanya, selepas bergelar artis label Indigital, pihak pengurusan bukan sahaja membantu mengeluarkan album single pertama mereka, malah memperkenalkan single itu ke seluruh media hiburan untuk dipromosikan.

Tambahnya, bagi memastikan lagu di dalam single itu diterima ramai, korus Cinta Infiniti turut dikeluarkan dalam bentuk nada panggilan telefon dan pengguna Telco boleh mendapatkannya daripada syarikat Telco yang menawarkan talian Maxis, Celcom, DiGi dan U Mobile.

Sementara itu, Chemistry diyakini mampu memberi saingan kepada band-band sedia ada dalam industri muzik tempatan menerusi penampilan vokal utama mereka iaitu Iwan yang merupakan finalis akhir AF8 bersama Shahir, Adira dan Maulana.

Mengenai perancangan masa depan, empat anak muda ini menjelaskan mereka dalam perancangan untuk menghasilkan single kedua, selain memastikan Cinta Infiniti benar-benar memikat hati pendengar sekali gus menjadikan band tersebut dikenali ramai. – DHIYA’ZULHILMI DAUD/ZAKARIA IDRIS

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan