Malam ini, pukul 9 malam, selama satu jam Jom Chat menggabungkan tiga artis sekali gus iaitu Cikgu Meera atau Nur Ameera Nabila Azmi yang popular selepas menjadi tular di laman aplikasi ‘smule’ tahun lepas.

Kumpulan Slash yang bergerak dengan genre pop rock dan dikenali dengan lagu berjudul Taman Astakona kini melahirkan single terbaharu mereka berjudul Melodi Kasih.

Slash yang dibarisi oleh Nuar (vokalis), Joe, Rafix, Jack dan Alin kini bernaung di bawah label mereka sendiri iaitu Astakona menggunakan khidmat Adi daripada kumpulan 6ithsense selaku penerbit untuk kembali menggamit peminat muzik bagi menyokong perjalanan karier mereka.

Bagi Baggio vokalis kumpulan otai Damasutra, beliau sekali lagi tampil dalam Jom Chat malam ini untuk memberitahu kepada para pelayar Utusan Online tentang persembahan yang bakal diadakan oleh Damasutra di ibu kota pada Sabtu ini.

Nantikan dan tonton Jom Chat bersama Cikgu Meera, Slash dan Baggio yang dihoskan oleh pengacara Apak. - UTUSAN ONLINE