“Alhamdulillah syukur kepada Allah, Dia telah memberikan jalan cerita hidup saya semakin hari semakin menarik,” ujarnya ringkas kepada media usai urusan ikat jamin di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini. 


Selepas itu, Farid turut memberikan posing istimewa kepada pihak media yang mengikuti perkembangan kesnya sejak Jumaat lalu. 


Pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu kemudiannya terus dibawa keluar dari perkarangan mahkamah menaiki kenderaan MPV hitam.

Terdahulu Pelakon filem Tombiruo ini telah menjalani tempoh reman selama empat hari bermula Jumaat lalu dan berakhir pada Isnin namun disambung sehari sehingga Selasa.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM12,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 5 Mac ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE