One Buksers akan mempamerkan kebolehan mereka sebagai pemuzik jalanan dengan persembahan yang diadakan di Panggung Utusan, Jalan Chan Sow Lin, di sini.

Segmen Busking Bersama Buskers di Utusan Online yang diperkenalkan sejak 18 Ogos lalu, mendapat sambutan di luar dugaan daripada para pemuzik jalanan kerana mereka merasakan dengan adanya platform yang dibuka oleh Utusan Online, orang ramai lebih menghargai pemuzik jalanan.

Segmen busking dibuka kepada penonton yang ingin hadir untuk menyaksikan secara langsung Busking Bersama Buskers yang juga dirakamkan. - UTUSAN ONLINE