Menggunakan pendekatan busking, muzik jalanan untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam bidang hiburan, Treehill yang pada asal penubuhannya adalah untuk menjadi artis berkumpulan arus perdana, akur dengan keadaan yang menuntut mereka agar tidak terlalu memilih dari segi pendedahan.

Tanpa menunggu masa yang lebih lama untuk memperkenalkan muzik mereka, Treehill yang telah melahirkan single berjudul Terbang, mahu mencari peminat yang ikhals menyokong muzik yang mereka perkenalkan.

Kata mereka, dengan adanya segmen Busking Bersama Buskers, sekurang-kurangnya mereka dapat ‘menumpang’ Panggung Utusan untuk memaparkan bakat seni yang ada dalam diri mereka.

“Kami percaya, mereka yang ingin menyaksikan persembahan kami, boleh masuk ke media sosial Facebook Utusan Online, like page ini dan tonton kami pukul 5 petang nanti,” kata Treehill sebulat suara. - UTUSAN ONLINE