Jelasnya, kerjaya sebagai penyanyi menuntut komitmen yang tinggi sementelah dia belum bersedia untuk menceburi bidang lakonan walaupun mendapat pujian peminat yang suka dengan lakonannya.

“Ramai artis senior menasihatkan saya supaya jangan tergopoh gapah dalam mencuba bidang lakonan. Saya juga mahu fokus untuk terus mengukuhkan nama sebagai penyanyi. Banyak lagi yang saya perlu belajar.

“Ada tolak beberapa tawaran tetapi saya rasa mereka faham sebab komitmen saya sebagai penyanyi. Lepas raya pun saya akan sibuk mempromosikan lagu baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman juga menolak aidaian segelintir pihak yang mendakwa dia sebenarnya takut insiden ditampar pelakon senior ketika latihan drama Mak Cun berulang kembali.

“Saya rasa isu itu sudah lama selesai. Saya tidak ada masalah untuk ditampar ketika latihan. Saya budak baru belajar, itu semua demi kebaikan sendiri,” katanya. - UTUSAN ONLINE