Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kemelut rumah tangga Hafiz Hamidun, Joy Revfa meruncing

HAFIZ HAMIDUN dan Siti Arifah Mohd. Amin selepas majlis pernikahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul
HAFIZ HAMIDUN dan Siti Arifah Mohd. Amin selepas majlis pernikahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor 1 Mei lalu.

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Dibubarkan atau bakal bercerai? Itulah dua situasi yang bakal berlaku terhadap perkahwinan penyanyi Hafiz Hamidun dan ahli perniagaan, Siti Arifah Mohd. Amin atau Joy Revfa.

Perkahwinan mereka yang ba­ru berusia 111 hari, dikatakan sedang bergolak kencang dan bukan lagi menjadi rahsia kepada seluruh peminat industri seni tanah air termasuk media dan sahabat terdekat mereka.

Mingguan Malaysia difahamkan, perkahwinan pasangan tersebut kini ibarat ‘telur di hujung tanduk’ dan bakal berhadapan dengan episod ‘gelap’ atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Sememangnya wujud masalah yang membabitkan perkahwinan penyanyi album Zikir Terapi itu pada ketika ini. Dan masalah ini sebenarnya telah pun dikesan pada hari-hari terawal mereka berkahwin lagi,” jelas satu sumber yang rapat dengan keluarga pasangan tersebut kepada Mingguan Malaysia.

Difahamkan, masalah itu ada kaitan dengan perkahwinan Joy sebelum ini dengan seorang ahli perniagaan yang kemudiannya memberi kesan kepada perkahwinan baharu ini.

“Masalah lama itu sekali gus meletakkan perkahwinan Hafiz dan Joy berdepan dengan hal yang tidak dijangkakan sama sekali oleh mereka sendiri. Sama ada ia bakal ‘dibubarkan’, ataupun berakhir dengan ‘perceraian’, ia akan terjawab tidak lama lagi,” jelas sumber sama.

Joy dan Hafiz berkahwin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor pada 1 Mei lalu, hanya selepas 44 hari ber­kenalan.

Difahamkan juga, kedua-dua pihak kini sedang menerima realiti bahawa perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan lagi, selain dalam proses menyediakan beberapa dokumen pen­ting sebelum membuat kenyataan rasmi me­ngenainya tidak lama lagi.

Meskipun media sudah berjaya menghidu berita masalah ini sejak Julai lalu, ia mula terdedah de­ngan meluas hanya pada awal minggu ini apabila Joy dilihat semakin terbuka untuk membicarakan hal ber­kenaan di laman sosial.

Malah, dalam satu status di laman sosialnya pada 16 Ogos, Joy turut memberi bayangan yang jika dihayati seolah-olah mahu memberitahu bahawa penyanyi terkenal dengan lagu-lagu nasyid itu mempunyai masalah batin dan tidak pernah ‘menyentuh’ dirinya.

Tindakan Joy telah menyebabkan kalangan pengguna laman sosial menyelar dirinya dan beranggapan itu tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana sebahagian besar daripada pengomen itu berpendapat, hal rumah tangga wajar dirujuk kepada pihak lebih arif, bukannya mendedahkan di laman sosial untuk dibaca oleh orang luar.

Sebelum berkahwin dengan Hafiz, Joy merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki berusia 3 tahun hasil pernikahannya di sebuah negara jiran dengan seorang ahli perniagaan.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan