FOTO Britney bersama teman lelakinya

Menerusi gambar yang tersebar, Britney yang ketika itu sedang bercuti dengan teman lelakinya itu dilihat bergembira bersama dua orang anaknya, Sean Federline dan Jayden James Federline di Hawaii, Amerika Syarikat.

Setakat ini, baik Britney atau Sam belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang desas desus tersebut.

Penyanyi Toxic itu mula menjalinkan hubungan dengan Sam ketika lelaki itu terlibat dalam muzik videonya, Slumber Party pada tahun 2016.

Sebelum ini, sumber mengatakan yang hubungan Britney dan teman lelakinya semakin serius serta bakal ke fasa lebih tinggi tidak lama lagi.- UTUSAN ONLINE