Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bopeng komedi bukan rempit

KISAH mat motor menjadi teras utama yang menghidupkan jalan cerita. 5
KISAH mat motor menjadi teras utama yang menghidupkan jalan cerita.

KESELURUHAN ceritanya mengisahkan mengenai dua orang sahabat baik yang bernama Bo dan Peng, dilakonkan oleh Johan As’Ari dan Nabil Ahmad. Dua nama ini menjadi tunjang utama kepada filem Bopeng yang bakal ditayangkan pada 22 Disember ini di seluruh pawagam.

Merupakan filem keempat terbitan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd, Bopeng yang mendapat sentuhan pengarah hebat Helmi Yusof sebenarnya tidaklah sarat dengan mesej tersembunyi sementelah ia adalah sebuah karya yang dianggap mudah difahami.

Barangkali, ada yang sudah memasang persepsi sendiri bahawa filem ini adalah berpaksikan pada penceritaan ala mat motor atau rempit memandangkan melihat pada poster sahaja, ia membawa imaginasi penonton ke arah itu.

Namun sebenarnya tidak. Menceritakan kisah Bo dan Peng yang bekerja di sebuah restoran makanan segera, Opiel Secrets Pizza, kedua-duanya kelihatan seperti mat motor, tetapi penceritaan tidak berkisah mengenai perkara seumpamanya.

Menurut Helmi, dia tidak menafikan ada yang cuba menyamakan Bopeng dengan naskhah ala mat salleh yang mana filem ini dikatakan mempunyai penceritaan yang klise dengan beberapa buah naskhah luar seumpamanya.

Bagaimanapun, kata Helmi, sejauh mana pun andaian penonton terhadap filem itu, baginya ia tidak sama dengan mana-mana filem yang dikaitkan kerana Bopeng mempunyai ciri dan penceritaan yang berbeza.

Menggabungkan elemen komedi dengan baik di dalam filem ini, Bopeng barangkali ada sedikit persamaan dengan komedi yang dipamerkan di dalam naskhah arahannya sebelum ini seperti Bikers Kental dan Bikers Kental 2.

Menelan belanja sebanyak RM1.4 juta, selain penceritaan yang menarik, keseimbangan antara watak-watak yang dicetuskan juga wajar dipuji kerana meski ada antaranya adalah pelakon baru, namun persembahan mereka di dalam Bopeng tidak mengecewakan.

Antara yang wajar dipuji ialah watak Wanna Ali, yang barangkali agak asing dalam industri perfileman tanah air biarpun pernah terlibat dalam beberapa buah naskhah tempatan sebelum ini.

Meski masih baru dan kemunculannya cuma beberapa kali dalam filem ini, Wanna boleh diberi perhatian sebagai pelapis pelakon yang bermutu andai bakatnya digilap.

Selain itu, Zulin juga wajar dipuji kerana lakonannya meski tidak dipamerkan sebagai seorang wanita cantik sebagai pelaris filem, bakatnya tidak pernah mengecewakan ramai dan hal itu diperakui oleh rata-rata penonton yang hadir.

Selain mereka, filem ini turut dibintangi oleh Soffi Jikan, Fauzi Nawawi, Along Ezandy, Wanna Ali, Kila Fairy dan Juzzthin termasuk Ellie Suriaty dan Radhi Khalid yang bersahaja dalam lakonan mereka.

Sinopsis

Bo dan Peng merupakan dua orang sahabat baik yang tinggal bersama dan bekerja di sebuah restoran makanan segera yang sama iaitu Opiel Secret Pizza. Peng (Johan Asa’ri) yang terkenal dengan sikap peramah dan mesra setiap kali menjawab panggilan yang dari pelanggan untuk membuat pesanan pizza; manakala Bo (Nabil Ahmad) terkenal dengan kepantasan dan kecekapannya menghantar pesanan pizza kepada pelanggan.

Suatu hari, Peng dihubungi pelanggan tetap Opiel Secret Pizza; Mira Idora Senrose (Zulin Aziz). Ketika Mira Idora Senrose sedang berjalan kaki seorang diri di kawasan letak kenderaan, Mira Idora Senrose telah diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dan Mira Idora Senrose telah meminta bantuan Peng untuk menyelamatkannya. Peng mencari idea dan memberikan arahan kepada Mira Idora Senrose untuk menyelamatkan diri namun panggilan akhirnya terputus dan Peng gagal menghubungi Mira Idora Senrose semula.

Di atas rasa perikemanusiaan, Peng telah meminta Bo menemaninya membuat laporan polis mengenai misteri kehilangan Mira Idora Senrose. Pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekurangan maklumat mengenai kes kehilangan Mira Idora Senrose.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan