Rakan pelakon, Sheera Iskandar memberitahu, berita itu diterimanya menerusi pesanan dalam aplikasi sembang WhatsApp kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

“Tak silap saya, seminggu lalu dia telah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan tidak pasti bila dia keluar dan dibawa ke Johor Bahru,” katanya.

Bakat Nizen dicungkil oleh Datuk Rosyam Noor menerusi program realiti Pilih Kasih musim ketiga yang pernah bersiaran di TV2 pada tahun 2012.

Sebelum ini, pada September tahun lalu, Nizen mengakui dirinya telah disihir apabila menjumpai rangka gigi manusia dan paku karat di dalam kepalanya.

Mempunyai pertalian darah dengan Allahyarhamah Seniwati Datin Umi Kalthum dan Noorkumalasari, dia memberitahu keadaan kesihatannya mulai merosot sejak insiden itu termasuk memperlahankan kerjaya lakonan dalam drama bersiri popular yang telah dibintangi sejak enam tahun lalu. - UTUSAN ONLINE