Pemergiannya selama 12 hari bermula 18 hingga 29 November lalu tidak digembar-gemburkan kepada umum. Beliau tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut kerana prinsipnya segala amal ibadah hanya melibatkan dirinya dengan Yang Maha Esa.

KUALA LUMPUR , 5 DISEMBER 2018 - Pra tonton drama Berani Jadi
Wajah Awie selepas mengerjakan umrah.

Pada awalnya juga, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman agak keberatan membuka mulut tatkala diminta berkongsi pengalaman sepanjang berada di sana. Bimbang akan timbul riak dan disalah anggap oleh segelintir pihak luar.

“Saya dicop jahat, jadi apabila bercerita tentang hal baik, orang akan gelak dan mendatangkan dosa kepada mereka.

“Pada saya, amal ibadah biarlah urusan antara saya dan Tuhan. Tetapi saya bersyukur dapat merasa apa yang orang lain rasa.

“Saya ke sana turut disertai beberapa rakan dalam kelab Wings Motor Gang Society. Semuanya dirancang selepas kami selesai menjayakan misi jelajah 30 masjid iaitu setiap satu waktu solat, satu masjid.

“Bermula dari situ, rancangan untuk buat umrah tercapai dan dipermudahkan Allah. Saya memang sengaja tak beritahu pemergian ke sana sebab tidak ada keperluan pun,” jelasnya yang akhirnya ‘tewas’ dan rela hati berkongsi pengalaman di Mekah dan Madinah bertujuan untuk memberi motivasi.

Begitu pun, pelakon Hantu Kak Limah itu tetap bersyukur kerana dapat merasai seperti orang lain yang pernah menjejakkan kaki di tanah suci tersebut.

Menurut Awie, sukar untuk dia menggambarkan dengan kata-kata tentang perasaannya selepas rancangan untuk menunaikan ibadah umrah akhirnya tercapai.

“Pengalaman yang cukup indah dan Alhamdulillah urusan saya di sana dipermudahkan Allah.

“Walaupun ini bukan haji, tapi sampai sahaja di sana saya terus niat dan berdoa untuk dapatkan haji selepas ini.

“Yang paling syahdu bila sampai di Madinah dan pergi ke makam Rasullullah.

“Dapatlah saya timba ilmu seperti mana orang lain. Memang saya tak tahu bagaimana nak gambarkan kesyahduan dan kegembiraan itu apabila saya berdoa dan solat hajat untuk dimudahkan urusan.

BEESAMA legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan.
AWIR bersama legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan ketika di Tanah Suci. 

“Saya dapat duduk dengan selesa di Raudhah, Alhamdulillah Allah permudahkan. Mungkin itu isyarat dan pesanan kepada saya, apa yang dihajati telah dimakbulkan,” jelasnya.