Majalah Forbes yang memperoleh data daripada majalah perdagangan Pollstar semalam melaporkan, pendapatan tersebut kebanyakannya diperolehi Beyonce, 33, melalui konsert jelajahnya.

Menurut Forbes, Beyonce mengadakan sebanyak 95 konsert dan menerima bayaran kira-kira AS$2.4 juta (RM7.2 juta) daripada setiap konsert tersebut.

Tempat kedua diduduki penyanyi country, Taylor Swift dengan pendapatan sebanyak AS$64 juta (RM192 juta), manakala Pink berada di tangga ketiga dengan pendapatan berjumlah AS$52 juta (RM156 juta).

Pink, 35, yang berada di tempat kelapan dalam senarai itu pada tahun lepas mencapai kedudukan tersebut selepas mengadakan sebanyak 85 konsert yang menyaksikannya menerima bayaran kira-kira AS$1 juta (RM3 juta) daripada setiap konsert.