Menjelaskan perkara sebenar kepada Utusan Online, Mona memberitahu dia sekadar menjayakan watak yang digalasnya menerusi drama tersebut yang masih lagi dalam proses penggambaran.

“Saya mendukung watak bernama Mona yang digambarkan sebagai seorang gadis ego dan bongkak. Maka, itulah cara pemakaian yang ditetapkan demi menonjolkan watak saya.

“Tiada sedikit pun terniat untuk mempersendakan agama, apatah lagi sengaja berpakaian begitu. Apapun, saya mohon maaf jika mengguris perasaan banyak pihak,” pintanya ketika dihubungi.

Drama Monalisa bakal disiarkan di Astro Prima di samping barisan pelakon lain seperti Zara Zya, Nazim Othman, Hafreez Adam, Shah Hazvee, Fatin Afeefa, Elmy Moin dan Iman Suhana. - UTUSAN ONLINE