Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, itu juga masih boleh menguruskan dirinya dan ceria melayani kunjungan beberapa wartawan yang mahu mengetahui keadaan sebenar.

“Saya masih ok, kuat tetapi kena berehat lebih sikit selepas menjalani rawatan dan harap semua jangan risau,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Malik Faishal Ahmad, di sini sebentar tadi.

Semalam, tular beberapa keping gambar Zaibo terlantar sakit dan seolah-olah kelihatan tidak bermaya sehingga mengecewakan pelakon yang popular dengan watak Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya itu.

Zaibo berkata, gambar tersebut diambil kira-kira sebulan lalu dan kini beliau beransur pulih setelah menjalani sesi rawatan, namun tidak mahu gambarnya dirakam pada masa ini. -UTUSAN ONLINE