Memetik laporan menerusi portal Daily Mail, pencuri berkenaan dipercayai masuk melalui tingkap atau pintu di bahagian pintu tingkat atas kediaman penyanyi lagu My All yang terletak di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Jelas portal itu lagi, barangan mewah milik wanita berusia 47 tahun itu antaranya beg tangan dan aksesori berjenama telah dicuri.

“Wang tunai serta barangan kemas bernilai jutaan dolar langsung tidak berusik.

“Ketika kejadian Mariah tiada di rumah. Dia bersama si kembar ( Monroe dan Morrocan) berada di New York,” kata sumber.

Ketika kejadian berlaku, rumah yang dilengkapi dengan alat penggera bagaimanapun tidak berfungsi sewaktu insiden yang berlalu kira-kira pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Malah, pengawal keselamatan hanya menyedari selepas tiga jam kejadian itu berlaku. - UTUSAN ONLINE