Konsert Radja Malaikat Cinta ini dianjurkan selaras dengan perkembangan mereka yang baru sahaja melancarkan single baharu berjudul Malaikat Cinta pada 19 Mac lalu di Jakarta.

Konsert  berdurasi dua jam ini adalah sebuah konsert yang wajib ditonton oleh peminat mereka kerana Radja akan mempersembahkan repertoire dari album pertama seperti Jujur, Benci Bilang Cinta, Takkan Melupakanmu, Tulus dan banyak lagi serta lagu terbaharu.

 Selain itu, sebagai menghargai muzik, artis serta peminat negara ini yang banyak menyokong mereka selama ini, Radja juga akan menyampaikan lagu-lagu popular nyanyian artis Malaysia dalam konsert anjuran dan terbitan Belbis Sdn Bhd bersama AV Group & Symphony Music ini.
 
Tiket konsert dijual dengan harga RM285 (kategori VIP – duduk dan majlis ‘moktail’ sebelum konsert), RM215 (platinum), RM165 (emas), RM125 (perak) dan RM85 (gangsa).

Ia sudah mula dijual di www.airasiaredtix.com secara online serta melalui kedai muzik Rock Corner di The Garden Mid Valley, Victoria Music di Sg Wang dan Amcorp Mall serta Artists Gallery di Gurney Plaza dan Queensbay Mall .

Diskaun sebanyak 10 peratus disediakan untuk pembeli tiket terawal (sehingga 31 Mac 2018) untuk kategori platinum, emas dan perak. - UTUSAN ONLINE