Mior Ahmat Zaidi
Mior Ahmat Zaidi 

Menurut laporan MHE TV, allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 pagi tadi selepas beberapa hari mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat sakit jantung. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Perdana hari ini.

Allahyarham antara pelakon drama yang popular sekitar tahun 90-an. Selain aktif berlakon teater, Mior juga pernah membintangi filem Momok pada tahun 2009. 

Layari www.mhetv.my untuk perkembangan dunia hiburan terkini. - UTUSAN ONLINE