Nora dan Nedim akan melangsungkan majlis pernikahannya di Kuala Lumpur dengan tema tradisional.

Nora ketika dihubungi UTUSAN ONLINE berkata, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Jelas Nora, dia akan memberi kenyataan rasmi selepas majlis tersebut berlangsung.

"Selepas majlis itu selesai, saya akan kongsi semuanya. Tapi majlis ini adalah untuk ahli keluarga dan rakan sahaja," katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

Pengumuman ini sekali gus menamatkan segala spekulasi tentang tarikh pernikahan pasangan ini.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Nora yang juga ibu tunggal kepada Putera   Rayqal berkata, dia bakal bernikah dengan Nedim yang juga anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hujung bulan ini dalam satu majlis sederhana. - UTUSAN ONLINE