KUALA LUMPUR, 09 FEBUARI 2015 - Sesi fotografi AR Badul, pada
AR Badul

Menurut DJ Dave, beliau sendiri mendapat banyak panggilan telefon dan mesej bertanyakan hal itu pada awal pagi tadi.

"Satu sikap yang tidak baik apabila ada pihak sebarkan berita palsu berkaitan kematian AR Badul.

"Baru sebentar tadi saya sendiri bercakap dengan AR Badul. Dia sudah keluar hospital dan keadaannya sudah semakin baik.

"Sekarang AR Badul berehat di kampung di Pahang selepas beberapa hari keluar dari Institut Jantung Negara (IJN)," katanya di sini hari ini.

Dave berharap agar cerita tidak elok sebegini dihentikan segera. 

"Jika tidak sahih berita itu, janganlah kita tulis dalam media sosial mahupun bercerita kepada pihak lain. 

"Cerita tidak betul seperti ini akan menimbulkan panik kepada orang lain dan menyebabkan perasaan artis itu sendiri tercalar," nasihatnya yang turut melawat AR Badul di IJN pada Isnin lalu. 

AR Badul telah menjalani pembedahan angiogram di IJN pada Ahad lalu dan dijangka akan sekali lagi  menjalani pembedahan kedua pada awal Mac ini. - UTUSAN ONLINE