Macam manalah tidak terkejut, perkara ini berlaku secara tiba-tiba. Bak kata orang, tak ada angin tak ada ribut, tahu-tahu sahaja mereka berdua sedang menjalin hubungan cinta.

Gosip mula bertebaran apabila kedua-duanya saling memuat naik sekeping gambar mereka mesra bersama dalam Instagram beberapa hari lepas.

Aiman juga dianggap bermulut manis apabila turut meluahkan rasa hati menerusi gambar tersebut dengan ayat berbunyi “Nombor bermula daripada 1,2,3; muzik bermula daripada Do-Re-Mi. Abjad bermula dengan A dan diakhiri dengan Z. Kenyataannya hanya ada awak dan saya,”.

Menambah keyakinan netizen bahawa kedua-duanya sedang dilamun cinta apabila Zahirah juga membalas kenyataan Aiman itu dengan menulis “Kini dan selamanya, insya-Allah” dalam ruang yang sama.

Apalah makna sebuah perhubungan kalau tidak mendapat restu orang tua? Jangan bimbang, ibu Zahirah sudah memberi restu buat kedua-dua anak muda ini yang mana ini dapat dilihat menerusi gambar yang turut dimuat naik dalam media sosial.

Kalau ibu dan ayah sudah menunjukkan bahawa mereka merestui hubungan itu, maka takkanlah ini satu gimik pula bukan?

Bila mereka tiba-tiba membuat kemunculan seperti ini, ada yang dakwa mereka ini sekadar berpura-pura bercinta sebagai sebahagian perancangan untuk mempromosikan drama bersama.

Kalau betul sekadar gimik, tergamak pula mereka mengheret nama baik ibu dan ayah sekali? Macam tak logik. Harap-harap mereka tak propa.