Walaupun dilakukan secara terbuka dan bukan peribadi, jelas Bella ia tetap suatu tindakan yang perlu diterimanya dengan hati terbuka.

“Bila orang sudah minta maaf kita harus memaafkan mereka.

“Dia buat secara terbuka lagi dan saya sangat berbesar hati untuk menerima permohonan maafnya,” katanya kepada Utusan Online.

Permohonan maaf Anzalna dibuat melalui sebuah artikel yang dikeluarkan dalam sebuah portal hari ini. Dalam kenyataannya itu Anzalna turut berkongsi rasa gembira kerana rumah tangga Bella dan suaminya Aliff kembali baik.

Tambah Bella sepatutnya Anzalna tidak berada dalam kemelut ini memandangkan kontroversi ini hanya melibatkan suaminya, dia dan Afifah sahaja. Tetapi mungkin kenyataannya itu bukan sahaja mengguris hati dia tetapi juga mereka di luar sana.

“Mungkin selepas ini Anzalna perlu mengetahui keadaan sebenar sebelum boleh mengeluarkan apa-apa komen.

“Sepatutnya dia tidak terlibat tetapi mahu buat macam mana,” katanya.

Sementara itu laman Instagram pelakon cantik ini diserang netizen selepas mengeluarkan komen mempertahankan adiknya Afifah.

Dalam komen itu Anzalna turut menyentuh tahap emosi Bella dengan tulisannya, “Perempuan yang baru bersalin ni lain sikit perangainya, bak kata orang meroyan, tapi itu orang tua cakap, jangan salahkan I.”, merujuk keadaan Bella yang ketika ini masih lagi berada dalam pantang selepas melahirkan anak pertamanya kurang empat minggu lalu. - UTUSAN ONLINE