Wak Doyok dan bapanya, Mohd Nor Abdul Hamid.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkongsi berita sedih itu menerusi laman sosial Instagram dan Facebook miliknya. 


“Salam semua, Baba saya baru sahaja meninggal dunia. Tolong sedekahkan al-Fatihah buat Baba saya,” tulisnya.


Difahamkan, Allahyarham yang berusia 86 tahun meninggal dunia akibat sakit usus bengkak. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, hari ini.


Daripada perkongsian berita tersebut, warganet turut mengucapkan takziah dan berharap Wak Doyok tabah dan reda dengan pemergian arwah bapanya. - UTUSAN ONLINE