Berkata kepada Utusan Online, anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu dipilih atas usahanya memartabatkan industri kulinari tempatan sehingga ke tahap global menerusi perusahaan restoran miliknya, SukaSucre Bistro (SSB).

"Alhamdulillah, usaha saya sejak lima tahun lalu mengembangkan perniagaan berasaskan makanan dan minuman dihargai apabila berjaya memenangi trofi ini.

"Dalam tempoh itu juga, jenama SukaSucre semakin berkembang dengan kewujudan SukaSucre Studio (SSS) dan SukaSucre Creative (SSC) selaku syarikat produksi dan pengurusan bakat.

"Bukan itu sahaja, saya juga berhajat untuk memanjangkan lagi langkah untuk mengangkat bidang masakan ke peringkat antarabangsa sehingga dapat membuka mata penduduk dunia," ujarnya.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta isteri, Datin Seri Hamidah Khamis dan Pengerusi JUMP, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Trofi tersebut disampaikan sendiri oleh Ahmad Zahid kepada Fazley sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP), Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid. - UTUSAN ONLINE