Ezzaty melahirkan bayi sulungnya itu selepas 28 jam bertarung nyawa di dalam bilik bersalin Hospital Pusrawi, di sini.

Bercakap kepada Utusan Online, Azwan memberitahu, isteri dan anak perempuan seberat 2.9 kilogram itu kini berada dalam keadaan sihat dan stabil.

“Sepanjang menunggu Ezzaty bersalin, perasaan saya memang resah dan gementar. Tak boleh nak duduk diam.

“Selepas bersalin, Ezzaty kelihatan pucat dan amat lesu. Sebaik dimasukkan ke wad, dia terus tidur. Apapun, saya bersyukur kerana kedua-duanya berada dalam keadaan sihat dan selamat. Terima kasih atas doa semua pihak,” katanya.

Pelakon kelahiran Kota Belud, Sabah itu juga beriltizam untuk menjadi seorang bapa yang baik dan mengakui, tanggungjawabnya selepas ini semakin bertambah.

Katanya, dia perlu bekerja lebih keras untuk mencari nafkah memandangkan ahli keluarganya sudah bertambah. - UTUSAN ONLINE