Azmi yang baharu tampil di atas pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 baru-baru ini, berkolaborasi dengan Faizal Tahir menerusi lagu berjudul Sejati untuk membawa pulang hadiah di tempat kedua atau naib juara.

Dan malam ini, Azmi berkolaborasi dengan Daly Filsuf sebagai mencari kelainan menghasilkan sebuah single berjudul Kata Juang.

Bagi Nabila atau pemilik nama sebenar, Nur Nabila Mohd. Razali, beliau lahir ke pentas hiburan menerusi program pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ke-10 (tahun 2013).

Menerusi single terbaharu beliau berjudul Pematah Hati, nama Nabila meniti dibibir penggemar muzik tanah air. - UTUSAN ONLINE