Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Azharina tolak 39 lamaran cinta

azharina
AZHARINA AZHAR

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Penyanyi terkenal, Azharina Azhar mengakui telah menolak lebih 39 lamaran lelaki yang mencuba membuka pintu hatinya yang sudah tertutup sejak sembilan tahun lalu.

Menurut penyanyi Elegi Sepi ini, dia tidak mahu menjadi manusia hipokrit dan memaksa diri untuk bercinta kerana hatinya masih terluka dengan kegagalan rumah tangga pertamanya.

Tambah Azharina, dia juga enggan tergesa-gesa dalam membuat pilihan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Bukan tak ada orang cuba untuk mendekati saya tetapi hati ini tidak mahu. Saya tidak mahu menipu diri sendiri dan mereka.

“Cuma kalau kata berkawan sahaja, ya saya ada mengenali seseorang. Sekadar berkawan. Lebih daripada itu, saya serahkan kepada tuhan,” katanya yang bakal tampil dengan single baharu, Seribu Cinta. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan