Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, ketika ini keadaannya sudah stabil, malah memberitahu akan keluar hospital pada bila-bila masa sahaja.

“Saya sudah dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu. Tidak ada apa, hanya betulkan bahagian tulang di tangan.

“Jika tiada apa mungkin petang ini akan keluar,” katanya ketika dihubungi Utusan Online sebentar tadi.

Sementara itu ditanya mengenai keadaan kesihatanya kini, kata Awie dia berharap peminatnya tidak terlalu risau memandangkan keadaanya tidak serius.

“Tidak ada apa, semuanya sudah okay. Tidak ada apa yang membimbangkan,” katanya.

Sementara itu perkongsian keadaan terbaharu penyanyi ini melalui Instagram @botakpm_zaidimatzin menimbulkan tanya tanya banyak pihak.

Dalam muat naik itu Awie kelihatan terbaring di atas katil sambil ditemani isterinya Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin bersama dua orang lagi rakan.- UTUSAN ONLINE