AWI RAFAEL
AWI RAFAEL

Menurutnya, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penyanyi gantian untuk Faizal Tahir bagi lagu tersebut dengan Elizabeth Tan. Memberi erti dia lebih selesa membawakan lagu itu dengan caranya sendiri.

"Saya hanya membantu sebab ini permintaan Faizal sendiri. Kami sepatutnya tidak dibandingkan. Bagaimanapun tidak semua pendapat yang diterima ada negatif sebab ada juga yang positif.

"Bagi saya pendapat yang mengatakan saya tidak layak menyanyikan lagu Faizal itu sebagai perspektif peribadi. Jujurnya saya tidak kecewa sebab mungkin ada antara mereka yang tidak boleh terima lagu penyanyi kesayangan mereka dinyanyikan orang lain. Mujur dalam keadaan ini Faizal sebenarnya banyak memberi sokongan,"katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Sementara itu ditanya perihal cinta ternyata anak seni kelahiran Singapura ini selesa tidak memberikan jawapan pasti.

Baginya jika benar sudah sampai waktunya untuk berkahwin pasti perkara ini tidak akan disorokkan.

"Buat masa ini fokus utama saya adalah kerja. Masih sibuk sebab banyak lagi yang perlu saya buktikan.

"Soal perkahwinan kalau sudah ada saya akan kongsikan," katanya. - UTUSAN ONLINE