Berkata kepada Utusan Online, Awi yang juga seorang komposer membuat keputusan untuk menikahi Atikah kira-kira setahun dari sekarang iaitu pada Mac tahun hadapan.

“Kami sengaja memilih untuk melangsungkan pernikahan pada 15 Mac depan sempena ulang tahun kelahiran Atikah.

“Hubungan kami mula rapat sejak lima bulan lalu dan dalam tempoh itu, wujud keserasian antara kami. Tanpa melengahkan masa, selepas berbincang, saya berjumpa dengan kedua-dua orang tuanya untuk meminang,” ujar Awi.

Awi dan Atikah hari ini melangsungkan majlis pertunangan di negara mereka secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat. - UTUSAN ONLINE