Aweera tidak profesional

Edry Abdul Halim sangkal dakwaan sengaja mahu menjatuhkan maruah bekas vokalis Mojo itu

AWEERA 2
AWEERA

Salah seorang anggota kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim bengang apabila bekas vokalisnya, Aweera bertindak tidak profesional apabila ‘menyerang’ kredibilitinya di hadapan kru penerbitan sebuah program hiburan berbentuk pertandingan lagu terbitan televisyen swasta tempatan.

Edry yang juga pengasas kumpulan itu berkata, pada 9 Disember lalu selepas sesi fotografi bersama pihak stesen televisyen terbabit bagi tujuan promosi pertandingan tersebut, anggota Mojo lain bersama Aweera telah bersetuju dengan konsep yang mahu dipersembahkan pada peringkat akhir nanti.

Bagaimanapun, apabila tiba hari pembentangan kira-kira seminggu selepas itu di hadapan kru penerbitan, perkara sebaliknya pula berlaku apabila Aweera dan pengurusnya, Nizam, membuat kenyataan bahawa Mojo telah melanggar perjanjian yang dibuat sebelum itu.

“Intipati mengenai konsep persembahan yang mahu Mojo tampilkan menerusi persembahan lagu Romancinta adalah sulit kerana ia melibatkan gimik dan strategi. Tak perlu diberitahu kepada umum secara terperinci tetapi persetujuan telah dimeterai bersama dengan diakhiri simbolik bersalaman tanda setuju.

“Namun, apa yang terjadi pada hari pembentangan amatlah mengejutkan apabila Aweera dan pengurusnya menafikan telah bersetuju dengan apa yang telah dibincangkan sebelum ini.

“Selepas berlaku sedikit perbalahan, akhirnya Aweera menarik diri dengan disaksikan semua kru yang ada di tempat tersebut. Tindakan yang sangat tidak profesional! Mengapa dia perlu mengutuk Mojo yang menaikkan namanya?,” persoal Edry menceritakan kejadian yang sebenar.

Edry menambah, jika diikutkan, apabila lagu Romancinta dicalonkan pada peringkat separuh akhir pertandingan berkenaan, Mojo mahu menarik diri daripada menyertainya memandangkan Aweera ketika itu bukan lagi vokalis kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, setelah beberapa bulan bergerak solo, Aweera kemudiannya menghubungi Edry sementelah mendapat tahu lagu nyanyiannya itu mendapat pencalonan dan menawarkan diri untuk kembali semula bersama Mojo.

“Selepas berbincang dengan anggota lain iaitu Denny dan Johar, atas dasar timbang rasa dan mahu memberi peluang kedua kepada Aweera, kami bersetuju untuk menerima semula kehadirannya sebagai vokalis dan memberi kata putus kepada penganjur untuk turut serta dalam pertandingan lagu tersebut.

“Bagaimanapun, selepas apa yang terjadi, saya akui menyesal mengambilnya semula menyertai Mojo. Itu adalah kali terakhir kami memberi peluang kepadanya dan tidak mungkin untuk kali ketiga.

“Apapun, Mojo akan tetap beraksi di pentas final yang dijangka diadakan pada awal tahun hadapan dengan vokalis lain yang mahu memberi sepenuh komitmen dan tidak menimbulkan sebarang masalah,” tegas Edry mengenai pendiriannya.

Menurut Edry lagi, dia turut mempertikaikan kenyataan Aweera yang mendakwa maruahnya tercalar kononnya selepas difitnah olehnya.

“Jika betul dia mahu bercakap pasal maruah, saya nasihatkan dia supaya tidak lagi menyanyikan lagu-lagu Mojo selepas apa yang telah dilakukannya terhadap kami.

“Sebagai seorang abang yang telah 20 tahun lebih berada dalam industri, ada ataupun tidak Aweera dalam Mojo, kami yakin boleh meneruskan perjuangan muzik kami. Insya-Allah tiada masalah buat Mojo. Tapi janganlah cuba menutup periuk nasi kami dengan menjaja cerita yang bukan-bukan.

“Saya doakan Aweera terus berjaya tanpa menggunakan platform Mojo selepas ini. Dia ada bakat untuk terus maju selaku penyanyi sama ada secara solo mahupun berkumpulan. Asalkan sentiasa beringat untuk berkelakuan secara profesional,” nasihat Edry kepada Aweera.

CANTIK, bertubuh langsing dan mempesona, merupakan gambaran susuk tubuh milik Sofia Vergara.

Aktres kelahiran Columbia ini dilihat semakin jelita dan bertenaga biarpun usianya sudah menjangkau 42 tahun.

Wanita ini masih lagi gemar mempamerkan susuk tubuh seksi dan mengghairahkan.

Memetik daripada laporan laman portal Page Six, Vergara dikatakan semakin risau dengan penampilannya sekali gus penambahan usia yang semakin memamah kecantikannya.

“Saya tidak ingin dilihat seperti usia saya sekarang ini. Andai ada di antara anda yang mengatakan ada sesuatu di sekitar mataku, saya tidak akan berhenti untuk terus memperbetulkannya,” ujarnya.

Pelakon filem Modern Family ini amat mementingkan penjagaan tubuh badan agar sentiasa tampak menarik. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan dirinya seperti berusia 20 tahun.

“Saya melakukan apa sahaja untuk selalu tampil cantik. Jiwa muda membuat siapa sahaja berkeyakinan tinggi. Saya ada menggunakan beberapa cara untuk menjaga diriku,” tuturnya lagi.

Vergara turut mempunyai cara mengatasi kerut serta penuaan khususnya di bahagian wajahnya. Sehingga ke hari ini, tenaga dan metabolisme yang dimilikinya kekal seperti wanita yang lebih muda daripada usia sebenarnya.

WAH! Pandai sungguh Karl bermain permainan tradisional, gasing. Seronok betul gayanya itu. Jarang sekali nak lihat anak muda sekarang bermain permainan tradisional, tetapi Karl telah menunjukkan kehebatannya bermain gasing dengan begitu baik. Maklumlah kebanyakan anak muda sekarang lebih gemar bermain permainan video dan gajet daripada permainan tradisional.

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati