Jelas Aweera, dia sebenarnya tidak menyangka dapat berdiri dalam satu kumpulan bersama legenda seni tanah air seperti Joe Wings dan Hillary Search.

“Bila ditawarkan saya rasa kekok sedikit sebab sebelum ini menyanyi solo. Lebih-lebih lagi, berada dalam satu kumpulan bersama Joe Wings dan Hillary Search, ia seumpama impian jadi kenyataan.

“Banyak yang saya perlu belajar sebab menyanyi solo dan bersama band adalah perkara berbeza. Jadi saya cuba untuk serasikan diri dengan kumpulan baharu saya ini,” katanya yang pernah menjadi vokalis kumpulan Mojo dahulu.- UTUSAN ONLINE