Avenged Sevenfold ke Malaysia

HITS

TIGA tahun lalu, kumpulan Avenged Sevenfold yang popular dengan muzik rock pernah ke Malaysia sebagai pengenalan kepada peminat di Asia Tenggara.

Menyusun semula strategi sementelah sambutan yang menggalakkan ketika itu yang dihadiri kira-kira 15,000 peminat, kumpulan yang juga dikenali sebagai A7X sekali lagi memilih Kuala Lumpur, Malaysia untuk lokasi konsert.

Bertempat di Sunway Lagoon Surf Pool, A7X akan bertemu para peminatnya pada 23 Januari ini bermula pada pukul 9 malam.

Kehadiran mereka kali ini adalah bersempena dengan siri jelajah Hail To The King yang juga merupakan judul album terbaru A7X.

Dianggotai oleh Matt Shadows, Zacky Vengeance, Synyster Gates, Johnny Christ dan Arin Illejay, kumpulan ini turut memilih lokasi seperti Korea, Hong Kong, Taipei, Jakarta, Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapura sebelum mengakhiri konsert jelajah itu di Blaisdell Arena, Honolulu, Hawaii.

Lawatan di Asia kali ini dijanjikan sebagai yang terbaik. Lagu Afterlife, Bat Country dan Nightmare adalah antara lagu-lagu yang berjaya memikat pendengar kumpulan berasal dari California, Amerika Syarikat ini.

Jelajah mereka di Kuala Lumpur dibawakan khas oleh MR Event dengan kerjasama PR Worldwide dan dikuasakan oleh Empayar Kukubesi.

Tiket mula dijual pada 3 November lalu dan boleh di beli di www.ticketpro.com.my atau di seluruh cawangan ticketpro. Tiket dijual dengan harga RM208 dan RM298.

Sehingga kini, Avenged Sevenfold telah melancarkan enam buah album studio termasuk Hail To The King yang telah dikeluarkan pada 2013.

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati