Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Artis luah simpati atas kematian pelajar tahfiz

RIZALMAN IBRAHIM mendedahkan anak angkatnya Umar Nail pernah menjadi 9
RIZALMAN IBRAHIM mendedahkan anak angkatnya Umar Nail pernah menjadi pelajar di pusat tahfiz tersebut.

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Laman-laman sosial hari ini dihujani dengan ucapan takziah daripada segenap lapisan masyarakat yang meluahkan rasa sedih dengan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung sehingga meragut 23 nyawa termasuk pelajar dan guru, awal pagi ini.

Barisan selebriti tempatan turut tidak ketinggalan berkongsi rasa hiba mereka terhadap bencana yang disifatkan amat menyedihkan itu.

Antara yang terawal meluahkan rasa simpati pada keluarga mangsa kebakaran itu ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Penyanyi masyhur itu merakamkan salam takziah pada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam Instagram peribadinya @ctdk kira-kira empat jam lalu.

Keprihatinan pengacara ternama, Datuk Aznil Nawawi juga dilihat dalam Instagram peribadinya yang memuat naik petikan laporan sebuah portal berita mengenai kematian pusat tahfiz di ibu negara.

Dalam status yang dinaikkan dua jam lalu, Aznil turut memohon netizen agar tidak berkongsi video kebakaran itu bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim pula berkongsi kisah tersendiri mengenai Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang menyimpan makna yang cukup besar padanya kerana anak angkatnya, Umar Nail pernah menjadi penghuni di pusat tersebut sebelum menyambung pelajaran di Melaka.

“Semoga semua roh yang terkorban ditempatkan Allah SWT pada kedudukan yang setinggi-tingginya di sisiNya. Pada semua ibu bapa serta kaum keluarga, saya ucapkan takziah.

“Cukup terharu kerana anak-anak inilah yang selalu saya jumpa ketika menjemput mereka ketika adanya majlis berlangsung,” kata Rizalman dalam statusnya.

Pelakon Fattah Amin juga berkongsi berita sedih ini dan mendoakan agar roh mangsa ditempatkan di kalangan orang beriman.

“Kita dikejutkan dengan satu berita sedih pagi ini. Lebih 20 nyawa terkorban dalam kebakaran sebuah tahfiz di Jalan Keramat. Ya Allah, kau tempatkanlah anak-anak syurga ini di kalangan orang yang beriman. Damaikanlah mereka di sana Ya Allah. Amin.”

Selain itu, antara yang turut memuat naik luahan simpati mereka ialah Fasha Sandha, Safura Ya’cob, Anuar Zain, Nora Danish dan Aiman Tino. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan