Meskipun diakui kebanyakan peminat bahawa agak sukar untuk mencari keseluruhan album yang layak dilabelkan cemerlang, masih ada lagi sekumpulan artis K-Pop yang telah membuktikan kebolehan mereka untuk terus kekal tersanjung sepanjang 2014. Kita singkap semula senarai tiga teratas album K-Pop carta Billboard di bawah.

IU A Flower Bookmark

Di kedudukan ketiga, IU yang sebelum ini telah banyak mengeluarkan album dengan pelbagai genre antaranya Pop dan Jazz, kini penyanyi bersuara merdu ini kembali semula pada asasnya untuk mengembalikan lagu-lagu hit sebelum ini dan memberikan nafas baharu. Dengan mencampurkan melodi klasik K-Pop selain turut diadun dengan pelbagai rentak sekali gus memberikan kelainan dalam album tersebut seperti lagu berentak disko seperti Pierrot Laugh at Us. Album ini dikeluarkan pada Mei lalu dan masih mendapat sambutan hangat.

Secara purata, sejak album ini dilancarkan dan tarikh akhir ia dicatatkan mencapai rekod sebanyak 44,000 unit album telah terjual hingga akhir Oktober lalu selain lima juta single digital terjual di Korea Selatan.

Nell 
Newton’s Apple

Album rock yang paling mendapat rating tinggi pada 2014 ini jatuh kepada album Newton’s Apple yang dilancarkan pada Februari. Album ini nyata menonjolkan kemahiran penulisan lagu oleh komposer Kim Jong Wan. Antara lagu yang menarik untuk didengar ialah Fourt Times Around the Sun dan Grey Zone. Kesemua lirik di gubah mengikuti susunan yang sesuai dengan kekuatan vokal Nell, sekali gus menarik minat pendengar untuk kekal menggilai kumpulan ini.

Indie band yang tertubuh pada 1999 ini terdiri daripada empat ahli iaitu, Kim Jong-wan, Lee Jae-kyong, Lee Jung-hoon dan Jung Jae-won. Mereka memperjuangkan banyak lagu-lagu berentak alternatif Rock, moden Rock dan banyak lagi. Menerusi hasil kajian yang dibuat oleh pihak Nielsen, album Nell telah terjual melebihi 50,000 unit.

2NE1

KUMPULAN 2NE1 kembali merangkul rekod baharu dunia hiburan antarabangsa. Sebelum ini lagu 2NE1 berjudul Gotta Be You yang turut dimuatkan menerusi album terbaharu Crush disebut sebagai Lagu Terbaik Sepanjang 2014 oleh MTV IGGY.

Kini, karya 2NE1 disebut sebagai album terbaik sepanjang 2014 oleh media ternama dunia, Billboard. Menerusi laman portal Billboard, mereka dengan bangga mengumumkan album Crush setanding dengan artis-artis antarabangsa lain.

2NE1 juga merangkul banyak penghargaan sepanjang 2014. Kumpulan ini merupakan satu-satunya kumpulan yang dianggotai wanita K-Pop pertama yang berjaya memasuki carta album terbaik menerusi Billboard dan mencatatkan kutipan jualan hingga 150,000. Lagu seperti Come Back Home telah mengangkat 2NE1 sebagai penyanyi wanita kumpulan paling berjaya dan mempunyai ramai pengikut di seluruh dunia.

Lagu tersebut turut mencatatkan jumlah terbanyak iaitu 13 juta muat naik menerusi pelbagai aplikasi digital.

Album Crush yang dilancarkan pada Februari 2014 telah mencatatkan kejayaan di tangga 61 menerusi carta Billboard 200 sejak minggu pertama di lancarkan. Hal tersebut telah mencatatkan kejayaan tertinggi bagi industri muzik K-Pop.

Sejak dilancarkan pada 27 Februari, sebanyak 5000 album telah terjual sehingga 3 Mac. Malah lebih membanggakan, lagu I Am The Best turut terpilih menjadi jingle untuk iklan produk teknologi Microsoft.

 

Choi SiWOn Super Junior

SIWON, salah seorang anggota Super Junior yang turut melebarkan sayapnya dalam lakonan dan model. Dia telah mencatatkan carta kedua dengan jumlah kekayaan mencapai hingga RM119 juta. Selain menjadi penyanyi dan berlakon, SiWon turut mendapat pendapatan dengan menjadi bintang iklan untuk pelbagai produk ternama.

SiWOn sendiri selain dikenali sebagai salah satu selebriti paling bersinar di dunia hiburan Korea Selatan, dirinya ternyata berasal dari keluarga kaya di mana ayahnya merupakan Ketua Pegawai Ekskutif Boryung Medience dan keluarganya turut menjadi pemilik salah satu rangkaian Hyundai Department Store.

Jung Ji Hoon

PENYANYI dan aktor terkenal yang berasal dari Seoul, Korea Selatan ini juga berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa dengan membintangi beberapa filem Hollywood seperti Ninja Assassin yang meraih keuntungan besar.

Dikenali dengan nama pentas, Rain turut bersinar dalam dunia nyanyian dan berhasil mengadakan tiga kali konsert jelajah di seluruh dunia sejurus selepas melancarkan album solo pertamanya pada 2002 lalu.

Dengan karier gemilang, Rain kini menjadi salah satu selebriti paling kaya di Korea. Nilai kekayaan Rain untuk tahun 2014 mencapai hingga RM80 juta.

Kwon Jiyong G-Dragon

ANGGOTA kumpulan G-Dragon, Kwon Jiyong yang juga berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai penulis lagu, produser dan model ini menjadi artis keempat terkaya di Korea. Jiyonh sendiri sudah meniti karier di usia 11 tahun setelah bergabung di bawah pengurusan YG Entertainment. Sempat bergabung dengan kumpulan Big Bang, dirinya memutuskan untuk bergerak solo pada 2009 dengan mengeluarkan album dan single Heartbreaker. Nilai kekayaan yang diperoleh lebih daripada RM60 juta membuatkan kedudukannya kini selesa.

Lee Ji-Eun

LEE Ji-Eun atau terkenal dengan nama UI adalah salah satu penyanyi pop wanita di Korea yang memulakan debut dengan lagu hits Miya pada 2008. Kariernya dalam bidang nyanyian semakin bergemerlapan setelah berjaya menjadi penyanyi pop paling terkenal di Korea dan beberapa negara Asia lain.

UI memiliki kekayaan RM50 juta.

Park Jae-Sang (PSY)

DUNIA hiburan Korea Selatan kini sedang berada pada titik atas dengan memiliki banyak selebriti yang mampu terbang ke tahap antarabangsa.

Dengan drama siri dan juga budaya K-Pop, industri hiburan ini berkembang pesat hingga ke seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Pendapatan para selebriti juga makin mencanak naik dek kejayaan yang dirangkul atas kejayaan yang diperoleh. Menerusi laporan The Richest, berikut merupakan lima artis Korea paling kaya dalam 2014.

PARK Jae-Sang atau lebih dikenali dengan nama PSY merupakan salah satu penyanyi asal Korea yang sukses menembusi pasaran antarabangsa dengan

Gangnam Style. Berkat lagu dan klip video Gangnam Style yang ditonton lebih sejuta pengguna di laman sosial Youtube dan mencatatkan tangga teratas dalam iTunes, PSY kini menjadi artis paling kaya di Korea dengan hasil kekayaan berjumlah RM150 juta.

Kekayaan tersebut itu merupakan hasil jualan enam album yang sudah pun dipasarkan ke pasaran sejak 2001 dan hasil undangan membuat persembahan ke acara pentas muzik di seluruh dunia. PSY turut pernah diundang menjadi tetamu undangan di program bual bicara Amerika Syarikat seperti The Today Show dan The Ellen Degeneres Show.