Bagi anda yang terlupa siapakah Aril Pilus, beliau merupakan pemenang tempat kedua program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ke-7 manakala Maynine pula merupakan sebuah kumpulan yang baharu muncul dengan single berjudul Tak Kuasa.

ARIL PILUS
ARIL PILUS 

Segmen Jom Chat yang bersiaran secara langsung setiap hari Rabu, pukul 9 malam selama satu jam merupakan platform hiburan pilihan artis dan pengkarya seni tanah air untuk menguar-uarkan aktiviti seni, lagu, single, album, konsert dan yang berkaitan dengan dunia seni dan hiburan.

Malam ini, Aril akan bercerita tentang kelahiran single terbaharunya berjudul Pedih yang mana lirik video Pedih sudahpun dimuat naik di platform media sosial YouTube kira-kira sebulan lalu.

Untuk rekod, lagu Pedih menjadi OST untuk drama berantaian berjudul Isteri Bukan Untuk Disewa.

Maynine pula yang berdiri sebagai artis berkumpulan baharu dan mempunyai ramai pengikut di YouTube, akan memperkenalkan diri mereka dengan lebih dekat lagi kepada para penonton Jom Chat malam ini.

Muzik video official lagu Tak Kuasa dendangan Maynine juga telah dimuat naik ke platfrom YouTube sebulan lalu. - UTUSAN ONLINE