Aida tidak beranilah mahu mengiyakan perkara ini memandangkan, sukar sebenarnya untuk kita mendapatkan kepastian melalui laman Instagram sahaja. Aida cuba juga untuk menghubungi Nora tetapi tidak dapat bercakap dengannya sehingga kini. Bukan apa, Nora bagi Aida bukan kanak-kanak yang akan mencari perhatian dengan cara yang salah. Senang cerita dia sudah cukup besar untuk menyelesaikan apa sahaja yang dihadapinya.

Cumanya kita sendiri tidak tahu apa yang sedang dilalui wanita ini, kita beranggapan dia sedang bersedih entah-entah kala ini siapa tahu dia sedang menunggu untuk melangkah ke fasa berbeza. Sebab kalau dilihat pada deretan gambar perkongsian Nedim pula, ada yang membayangkan dia sedang menunggu untuk sesuatu yang besar dalam hidupnya. Kahwin, tunang, semua itu mungkin juga, kan? Jadi janganlah kita membayangkan yang buruk-buruk sahaja.

Tentang Nora juga, semua pun tahu, Nora sedang melalui waktu yang sedikit sukar dua tiga bulan ini. Mungkin disebabkan kontroversi demi kontroversi, tak habis habis. Tidak mengapa, ambil lah masa untuk tenangkan diri dahulu siapa tahu ada hikmah yang menanti, yang pasti kami sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Nora.