Pengumuman mengenai jantiina tersebut cukup menggembirakan hati kesemua ahli keluarganya dan sekaligus memenuhi impian keluarga pelakon itu untuk menimang cucu lelaki buat kali pertama.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana bayi dan saya sihat. Apa yang membuatkan saya teruja, keluarga saya menunggu anak lelaki tapi tak dapat. Tunggu cucu lelaki pun tak dapat.

“Akhirnya, mereka bakal menerima generasi lelaki daripada keluarga kami,’” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk Ommey bersempena pelantikan Anzalna sebagai duta eksklusif NR. Ommey adalah produk penjagaan bayi keluaran NR di sini hari ini.

Kata Anzalna, suaminya Hanif Zaki memang menginginkan anak lelaki sebagai anak sulung mereka berdua manakala keluarga pelakon itu sendiri turut menunggu kehadiran bayi lelaki sementelah semua adik-beradiknya adalah perempuan.

“Apabila mendapat tahu saya mengandung anak lelaki memang saya sendiri terkejut dan gembira sampai tidak terkata.

“Kalau boleh saya nak lahirkan anak sulung ini secara normal tetapi ini semua kerja Allah. Tak kisahlah normal atau bedah, doakan yang terbaik buat saya dan bayi yang bakal lahir. Janji semuanya selamat.

“Apa yang sedang saya fikir sekarang adalah mahu membeli-belah barangan bayi dan membuat dekorasi biliknya.

“Mengenai nama bayi pula, bukan saya atau suami yang pilih, tetapi kami minta keluarga yang memberi nama-nama yang sesuai. Siapa yang beri nama yang sesuai, dia akan diberi hadiah,” katanya berseloroh.

Kata pelakon ini, sekiranya kelahiran sulung itu memerlukan pemnbedahan, dia akan melakukannya pada minggu pertama selepas Aidilfitri.

Sementara itu, sebagai duta yang dilantik pada 25 Mac lalu, Anzalna akan menggunakan pelbagai variasi produk termasuk Rangkaian Herbanika Bersalin NR, set bersalin yang disediakan hasil rumusan tradisional untuk sesi berpantang, kesihatan bersalin.

Malah, Anzalna mengamalkan minum Akar Herbaneka NR untuk kesihatan sepanjang kehamilan. - UTUSAN ONLINE