Pemilik nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin ketika dihubungi berkata, dia bersyukur atas maklum balas positif peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini sejak membabitkan diri dalam bidang nyanyian pada 1995.

“Saya bersyukur kerana peminat sudi melanggan lagu ini sejak mula dilancarkan tepat pukul 12 tengah malam tadi.

“Bahkan, tanda pagar Anta Permana turut menjadi sohor kini di laman-laman sosial.

“Namun, siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan Avril Lavigne yang punyai berpuluh juta peminat di seluruh dunia.

“Bagaimanapun, saya percaya dan yakin bahawa muzik itu bersifat sejagat dan mampu bergerak sendiri tanpa kekangan bahasa,” katanya optimis.

Anta Permana merupakan karya ciptaan duo yang begitu serasi berkolaborasi bersama iaitu Hael Husaini dan Ezra Kong.

Judul tersebut diambil daripada bahasa Melayu klasik yang membawa maksud infiniti atau tidak terkira. - UTUSAN ONLINE