“Adakah kehidupan di sana sama seperti kita? Mungkin tidak. Saya tidak mampu untuk berimaginasi bagaimana bentuk makhluk di sana,” kata aktres berusia 31 tahun itu.

Aktres itu turut mendedahkan, sewaktu kanak-kanak dia mengimpikan untuk menjelajah angkasa lepas dan sistem solar dalam semesta.

“Saya sangat teringin untuk pergi ke angkasa lepas sewaktu saya kecil, tetapi saya tidak pandai dalam subjek matematik dan sains. Oleh itu, saya melepaskan impian untuk menjadi angkasawan.

“Kemudian saya mula menonton banyak dokumentari tentang sains, fizik dan alam semesta. Sekarang, bidang astronomi menjadi hobi saya,” katanya.