Menurut pemilik syarikat produksi MindQuest Productions dan pengarah program tersebut, Aidid Marcello, penggambaran terpaksa dihentikan buat seketika sejurus isteri Aliff iaitu Datin Seri Norshahida Mohd. Rashid menyedari ketiadaan Baim di sisi mereka.


“Nasib baik ada pekerja resort, orang tempatan yang menemuinya. Mujur dia tidak pergi jauh, hanya ke kedai berdekatan sahaja,” ujarnya ringkas.


Terdahulu, Baim didapati hilang dari pandangan kira-kira 10 minit setelah Aliff dan kakitangan serta stokis D’Herbs baru sahaja selesai melakukan aktiviti sukaneka di pulau peranginan terkenal di Indonesia itu.


Dalam perkembangan lain, Oh Abang Kosmetik musim pertama yang pernah disiarkan di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) menjadi antara rancangan realiti terbaik di samping mencatat rating tontonan yang tinggi.


Bagaimanapun, Aidid menafikan kehilangan Baim sengaja diada-adakan bagi mencetuskan drama dan polemik program berkenaan.- UTUSAN ONLINE