Jelas pelakon itu, Amyra memerlukan rehat yang secukupnya berikutan terlalu penat dan kini sedang mengandung tujuh minggu.

“Amyra kena rehat betul-betul. Atas nasihat doktor untuk dua minggu ini memang saya ‘melarang’ Amyra untuk terlalu aktif bergerak. Trimester pertama ini kena rehat dan jaga betul-betul.

“Jadual Amyra nampaknya perlu dirombak. Nasib baik produser dan penerbit memahami. Tapi kalau program yang sekejap seperti pengacaraan yang hanya mengambil masa sejam dua, Amyra okay sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi laman sosialnya, Amar turut meluahkan rasa gembira apabila akhirnya dia berkesempatan mengambil motosikal baharu yang merupakan hantarannya.

“Sudah empat bulan kami tangguh jadi bila ada masa terluang ini, akhirnya kami ambil. Bukan hadiah daripada Amyra, cuma hantaran semasa kahwin dulu. Empat bulan juga menunggu,” katanya. - UTUSAN ONLINE