Berketinggian 4,130 meter dari paras laut, menurut Nourish, seramai 24 daripada 25 peserta yang mengikuti rombongan ABC With Amy Search turut berkesempatan menjejakkan kaki di kawasan tersebut walaupun berasa amat letih.

“Seorang peserta terpaksa bergegas pulang ke Malaysia kerana ada urusan keluarga yang perlu diuruskannya, sementara yang lain meneruskan impian menakluk ABC.

“Setelah mengambil masa kira-kira empat hari perjalanan, kami semua tiba ke check point terakhir pukul 2.15 petang waktu tempatan.

“200 meter terakhir, kabus sangat tebal dan pandangan amat terhad, tetapi kami redah juga perlahan-lahan sehinggalah semuanya selamat tiba,” jelas Nourish kepada UTUSAN ONLINE.

Tambahnya, semua peserta termasuk Amy berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Pengembaraan rombongan tersebut dianjurkan oleh Summit Attack Resources dan mereka dijadualkan pulang ke Malaysia pada 18 April ini. - UTUSAN ONLINE