Pelakon berusia 32 tahun ini berkata, diberikan watak sebagai individu yang menguruskan pekerja asing menyebabkan dia mendekati mereka untuk mendapatkan maklumat secara terperinci mengenai realiti kehidupan warga asing tersebut. 


“Sejujurnya, saya tidak tahu apa-apa mengenai kehidupan pekerja asing di Malaysia. 


“Oleh itu, sebelum latihan penggambaran filem One Two Jaga, saya mula bergaul dengan buruh warga asing bagi mendapat gambaran sebenar kehidupan mereka. 


“Pada awalnya agak sukar untuk saya mendapatkan maklumat. Namun, lama-kelamaan mereka sudi berkongsi cerita dengan saya,” jelasnya yang ditemui dalam majlis sidang media filem One Two Jaga di sini hari ini. 


Selain Amerul, filem terbitan Bront Palarae dan Jazzy Group yang merupakan arahan Namron ini turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Iedil Putra, Beto Kusyairi, Sofia Jane dan ramai lagi. - UTUSAN ONLINE.