Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Amaran Hafiz buat Joy

Penyanyi Nasyid,  Hafiz Hamidon (kiri) berbual sesuatu dengan
Penyanyi Nasyid, Hafiz Hamidon (kiri) berbual sesuatu dengan penguamnya semasa hadir ke mahkamah untuk sebutan kes permohonan faraq nikah antara beliau dengan Joy Arevfa di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

SHAH ALAM 14 Sept. - Kekesalan yang lama dipendam menyebabkan penyanyi Hafiz Hamidun, 33, tidak mampu menyembunyikan lagi perasaan itu kepada isterinya, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa, 30.

Dalam nada berbaur amaran, Hafiz hari ini mengingatkan Joy agar bersikap lebih serius terhadap permohonan faraq nikah (perpisahan sementara) difailkan wanita itu di mahkamah.

Tegas Hafiz, sikap sambil lewa wanita itu secara tidak langsung menyebabkan dia berada dalam situasi yang sukar pada masa ini sehingga mencetuskan pelbagai masalah.

“Ikutkan perkara ini boleh diselesaikan secara baik, tetapi bila pihak dia yang meneruskan permohonan ini di mahkamah dan buat sidang akhbar saya akur.

“Sebab itu saya beri amaran kepada dirinya agar tidak main-main dengan saya ,” jelas Hafiz ketika ditemui di perkarangan mahkamah Syariah Shah Alam.

Lantaran perkembangan kes rumah tangga pasangan itu menjadi perhatian netizen, Hafiz berkata, dia berpendapat, lebih elok kemelut perkahwinannya itu dibicarakan secara terbuka di mahkamah.

Ini kerana, jelas Hafiz, dia yakin dan percaya bahawa ada hikmah yang menanti di sebalik segala kesulitan yang dilalui sepanjang melalui episod perkahwinan itu.

“Tidak ada perkara yang mahu diselindungkan, bagi saya masyarakat sendiri juga sudah sedia maklum apa yang berlaku.

“Dalam masa yang juga masyarakat boleh belajar mengenai isu syariah ini. Jadi kalau mahu ambil tahu ambil tahu dengan telus,” ujarnya lagi.

Hafiz juga mengakui, pergolakan rumah tangganya dengan Joy menyebabkan dia terperangkap dalam pelbagai masalah.

“Perkara ini sudah menyebabkan banyak masalah yang timbul. Tetapi saya positif, jangan risau,” katanya.

Dalam pada masa yang Joy tau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin kekal dengan pendiriannya bahawa perkahwinannya dengan Hafiz sebagai sah.

“Saya yakin perkahwinan ini sah,” katanya ringkas kepada wartawan.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz.

Peguam syarie, Aznir Suhaida Dolah yang mewakili Joy memaklumkan anak guamnya mempunyai kes permohonan pengesahan pernikahan dengan suami terdahulu iaitu Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria, menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes tersebut. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan