Bayi yang baru lahir memegang tangan AMAR Baharin
Bayi yang baru lahir memegang tangan Amar Baharin

Ibu Amyra, Noor Zaridah Ahmmad memberitahu kepada Utusan Online, pelakon wanita berkenaan melahirkan putera sulungnya secara normal.

"Keadaannya anak saya masih lemah, namun Amyra dan bayi berada dalam sihat walaupun dia dijangka bersalin pada 25 Oktober depan. Alhamdulillah," katanya ringkas.

Pada masa yang sama, menerusi laman sosial kedua-dua pelakon itu, mereka telah memuat naik sekeping foto tanpa mendedahkan wajah bayi mereka.

Malah Noor Zaridah ketika ditanya mengenai nama cucunya, dia menyerah hal tersebut kepada anak dan menantunya.

"Amar dan Amyra sudah pun memilih beberapa nama, Bagaimanapun keputusan muktamad di tangan mereka," tambahnya.

Pada masa sama, kedua-dua pelakon itu menerusi laman sosial turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para peminat yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga mereka.

"Alhamdulillah... Aku mohon perlindungan untukmu wahai anakku yang baru lahir, dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan syaitan, binatang-binatang berbisa dan daripada kejahatan yang menakutkan. Amin," memetik kapsyen yang telah ditulis pasangan itu.

Amar dan Amyra bernikah pada 11 November 2016 di Hotel Premiera Kuala Lumpur - UTUSAN ONLINE