Hanya tergelak tatkala soalan itu ditanya, Along berkata, kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa sementelah, single baharunya, Lupa baru dilancarkan Julai lalu.

Malah, penyanyi ini juga masih menerima undangan persembahan namun disebabkan jarang keluar di kaca televisyen, dia dikatakan sudah sendu.

“Saya sudah buka kedai burger sejak 2007 lagi. Sebelum saya masuk Mentor Milenia pun orang tahu saya memang jual burger. Kalau ada yang sindir, saya anggap mereka tak tahu fasal Along Zaimi.

“Saya jual burger, buat apa nak malu. Tak ada rasa kecil hati atau terasa pun kalau ada yang sindir dan dakwa bukan-bukan. Saya sudah matang untuk tidak pedulikan semua itu.

“Lagipun, saya sebenarnya teruja kerana setelah 12 tahun menunggu, saya berjaya membuka cawangan kedua kedai burger. Kerja seni dan perniagaan bergerak seiring,” katanya kepada MHETV.

Untuk berita lanjut layari www.mhetv.my.